Privasi

Dasar Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada 23 November 2022.

  • 1.1
  • Notis Privasi ini dikeluarkan selaras dengan keperluan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") dan menetapkan bagaimana I-Serve Payment Gateway Sdn Bhd (No Syarikat: 1128471-K) ("I-Serve", "kami") mengumpul, menggunakan, mengekalkan, mendedahkan dan mengendalikan data peribadi individu mengikut Akta.

  • 1.2
  • Notis Privasi ini menerangkan jenis data peribadi yang I-Serve kumpulkan, cara data peribadi digunakan, kepada siapa dan bilakah data peribadi akan didedahkan.

  • 1.3
  • Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda beri kemudian hari, anda bersetuju dengan Notis Privasi ini termasuklah dengan pengumpulan, penggunaan, akses, penyimpanan, pemindahan dan pemprosesan data peribadi anda seperti yang diterangkan di dalam Notis Privasi ini.

  • 2.1
  • Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda ("Data Peribadi") termasuklah yang berikut:

  • 2.1.1
  • Maklumat pengenalan peribadi contohnya nama, foto, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor pasport/ kad pengenalan, tarikh luput pasport, negara pengeluar pasport dan negara tempat tinggal, Zapp ID untuk Akaun Zapp.

  • 2.1.2
  • Maklumat komunikasi contohnya alamat kediaman/ surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon.

  • 2.1.3
  • Maklumat pembayaran contohnya maklumat kad debit, termasuk nama pemegang kad, nombor kad, bank pengeluar kad, negara pengeluar kad, tarikh luput kad dan butiran akaun perbankan.

  • 2.1.4
  • Maklumat teknikal contohnya alamat IP

  • 2.2
  • Kami juga mungkin mengumpul maklumat lain yang anda berikan kepada kami yang boleh secara langsung atau tidak langsung mengenal pasti anda, membantu anda mencari rakan melalui Aplikasi. Jika anda memilih untuk mengaktifkan atau membenarkan penggunaan fungsi tersebut, kamimungkin meminta andamemberikan maklumat di bawah:-

  • 2.2.1
  • Alamat E-mel

    Jika anda log keluar dan log masuk dari peranti lain, kami akan menghantar notifikasi e-mel kepada anda bagi memaklumkan yang anda telah berbuat demikian. Jika terdapat percubaan log masuk ke akaun anda daripada peranti lain ketika anda masih lagi mendaftar masuk di peranti semasa anda, kami juga akan memberitahu anda melalui e-mel. Kami mungkin juga menghantar maklumat penting mengenai operasi Aplikasi kepada anda melalui e-mel, iaitu ke alamat e-mel berdaftar anda.

  • 2.2.2
  • Kandungan Dijana Pengguna

    Anda boleh mencipta nama pengenalan Zapp anda (Zapp ID) di dalam Akaun Zapp dan membenarkan rakan anda mencari anda melalui Zapp ID anda. Di samping itu, anda boleh memilih untuk menetapkan maklumat profil anda (cth. Zapp ID, "nama paparan", gambar profil dan lain-lain). Anda bertanggungjawab terhadap maklumat hubungan Pengguna Zapp lain, yang anda kongsikan dengan orang lain di dalam Akaun Zapp anda yang boleh disalin, disimpan atau disebarkan oleh penerima dan berpotensidiakses olehpenerima pihak ketiga yangtidak diinginidisebabkan olehsifat data digital. Kami menggalakkan anda supaya sangat prihatin dan berhati-hati apabila anda menghasil dan berkongs maklumat atau kandungan peribadi anda dengan orang lain.

  • 2.2.3
  • Maklumat Nombor Telefon dalam Buku Alamat Anda

    Kami akan mengakses nombor telefon di dalam buku alamat peranti mudah alih anda bagi tujuan melakukan pindahan wang melalui Zapp.Kami hanya akan mengakses nombor telefon atau nama kenalan di dalam buku alamat perantimudah alih anda atau sebarang maklumat dari medan data lain. Kami hanya akan mengakses medan nombor telefon di dalam buku alamat peranti mudah alih anda; kami tidak mengakses nama kenalan atau apa-apa maklumat dari medan data lain, atau kami tidak menggunakan maklumat ini kecuali untuk tujuan selain daripada menambah atau mengesyorkan rakan atau mencegah penggunaan tanpa kebenaran.

  • 2.2.4
  • Maklumat Sokongan Pelanggan

    Jika anda ingin menghubungi kami untuk mendapatkan sokongan pelanggan kami, anda boleh memberikan kami maklumat yang berkaitan dengan penggunaan Aplikasi ini, termasuklah nama anda, butiran hubungan seperti alamat e-mel, nombor telefon dan alamat surat-menyurat anda. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menangani dan menyiasat isu-isu yang telah anda bangkitkan, untuk memberikan anda sokongan, dan untuk meningkatkan perkhidmatan sokongan pelanggan kami. Kami akan menggunakan maklumat ini bagi tujuan bantuan yang anda minta, pentadbiran Akaun anda, dan mengekalkan maklumat ini mengikut peruntukan Dasar Privasi ini.

  • 2.2.5
  • Data Peranti

    Kami boleh memudahkan perkongsian media yang disimpan di dalam peranti anda semasa menggunakan Zapp. Kami akan mengakses data media anda (contohnya kamera dan foto) untuk mengumpul imej dan maklumat daripada peranti anda.

  • 2.2.6
  • Maklumat Peraduan dan Tinjauan Kaji Selidik Pelanggan

    Jika anda memilih untuk mengambil bahagian di dalam mana-mana acara peraduan atau kaji selidik yang dianjurkan oleh Zapp dari semasa ke semasa, kami mungkin meminta Maklumat Peribadi tertentu daripada anda (contohnya Nama penuh, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir dan lain-lain) bagi mengesahkan kelayakan penyertaan anda, membolehkan anda mengisi soal selidik, dan untuk menyampaikan sebarang hadiah yang mungkin anda menangi, dan sebaliknya mentadbir acara tersebut.

  • 2.2.7
  • Contest Information and Customer Surveys

    If you choose to participate in any contest events or surveys that Zapp offers from time to time, we may request certain Personal Information from you (eg. Your full name, correspondence address, phone number, email address, date of birth and etc) in order to confirm your participation eligibility, enable you to fill out questionnaires, and to deliver any prizes you may win, and otherwise administer the event.

  • 2.2.8
  • Maklumat Pembayaran

    Jika anda memilih untuk memudahkan pembelian anda di dalam Zapp, kami mungkin melibatkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk mengumpul dan memproses maklumat kaddebit yang andagunakan. Kami mungkin mengumpul nombor kaddebit, tarikh luput, CVC, nama pemegang kad. Kami akan menggunakanmaklumat kaddebit anda untuk memproses pembelian anda di dalam Aplikasi. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan menyimpan maklumat kad anda melebihi tempoh yang diperlukan untuk memudahkan pembayaran yang berkaitan. Kami mungkin menghantar Maklumat Peribadi lain seperti nama, alamat surat-menyurat dan butiran hubungan anda jika pembekal perkhidmatan pihak ketiga meminta maklumat tersebut daripada kami untuk menambah baik proses pembayaran. Kami juga mungkin mengumpul butiran akaun bank anda (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemegang akaun, nama akaun, nombor akaun).

  • 2.3
  • Pengumpulan dan Penjejakan Maklumat Automatik

  • 2.3.1
  • Apabila anda memuat turun, mengakses dan menggunakan Aplikasi ini, kami mungkin menggunakan teknologi untuk mengumpul: -

    1. Maklumat Penggunaan

      Butiran Penggunaan tertentu tentang akses anda dan penggunaan Aplikasi ini, termasuk, data trafik, data lokasi, log dan data komunikasi lain serta sumber yang anda capai dan gunakan pada atau melalui Aplikasi ini.

    2. Maklumat Peranti dan Sambungan

      Maklumat tentang peranti mudah alih atau elektronik dan sambungan internet anda, termasuk, jenis peranti yang anda gunakan, peranti identiti unik, alamat IP, sistem pengendalian, maklumat pelayar, maklumat rangkaian mudah alih dan nombor telefon peranti.

    3. Maklumat dan Fail yang Disimpan

      Metadata dan maklumat lain yang berkaitan dengan fail lain yang disimpan di dalam peranti anda dimana aplikasi ini boleh mengakses metadata dan maklumat tersebut.

    4. Maklumat Status

      Mesej dalam talian dan status anda berubah pada Aplikasi kami, sepertisama ada anda berada "dalam talian" dan bilakali terakhir anda menggunakan Aplikasi kami ("kali terakhir dilihat"), dan bila kali terakhir anda mengemas kini mesej status anda.

    5. Data Log

      Kami mengumpul data log secara automatik apabila anda menggunakan Zapp, sama ada melalui penggunaan cookies, suar web, fail log atau skrip yang merangkumi:

      maklumat teknikal, seperti maklumat berkaitan pembawa mudah alih anda, maklumat konfigurasi yang disediakan oleh pelayar web anda atau program lain yang anda gunakan untuk mengakses Zapp, alamat IP anda, dan versi serta nombor pengenalan peranti anda; maklumat mengenai perkara yang telah anda cari dan lihat semasa menggunakan Zapp, seperti istilah carian web yang digunakan, profil media sosial yang dilawati, dan butiran maklumat dan kandungan lain yang anda akses atau minta ketika menggunakan Zapp; Metadata, yang bermaksud maklumat yang berkaitan dengan butiran yang anda telah sediakan melalui Zapp, seperti tarikh, masa atau lokasi gambar atau video yang dikongsi telah diambil atau disiarkan.

    6. Cookies

      Kami menggunakan cookies untuk mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan kami, termasuklah untuk menyediakan Perkhidmatan kami yang berasaskan web, meningkatkan pengalaman anda, memahami cara Perkhidmatan kami digunakan, dan mengubah-suai Perkhidmatan kami. Cookies adalah cebisan kecil teks yang digunakan untuk menyimpan maklumat pada pelayar web. Cookies digunakan untuk menyimpan dan menerima pengecam dan maklumat lain pada komputer, telefon dan peranti lain. Teknologi lain, termasuk data yang kami simpan pada pelayar web atau peranti anda, pengecam yang dikaitkan dengan peranti anda dan perisian lain, digunakan untuk tujuan yang sama.

  • 2.4
  • Maklumat Pihak Ketiga

  • 2.4.1
  • Kami mungkin menerima maklumat yang diberikan oleh orang lain kepada kami seperti apabila pengguna lain yang anda kenali menggunakan Perkhidmatan kami, mereka mungkin memberikan nombor telefon anda dari buku alamat mudah alih mereka (sama seperti yang anda berikan kepada mereka), atau mereka mungkin menghantar mesej kepada anda, menghantar mesej kepada kumpulan yang anda miliki, ataupun menghubungi anda.

  • 2.4.2
  • Kami juga bekerjasama dengan para pembekal pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan, menyediakan, menambah baik, memahami, menyesuaikan, menyokong dan memasarkan Perkhidmatankami. Sebagaicontoh, kami bekerjasama dengan syarikat untuk mengedarkan aplikasi kami, menyediakan infrastruktur, penghantaran dan sistem kami yang lain, membekalkan maklumat peta dan lokasi, memproses pembayaran, membantu kami memahami cara pengguna menggunakan Perkhidmatan kami dan memasarkan Perkhidmatan kami. Di dalam keadaan tertentu, pembekal ini boleh memberikan kami maklumat tentang anda; contohnya, gedung aplikasi mungkin menyediakan laporan kepada kami untuk membantu kami mendiagnosis dan membetulkan isu perkhidmatan.

  • 2.4.3
  • Kami membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan kami yang berkaitan dengan perkhidmatan pihak ketiga di mana kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada mereka; contohnya, jika anda menggunakan butang Kongsi Zapp di ruangan perkhidmatan berita untuk berkongsi artikel berita dengan kenalan, kumpulan atau senarai siaran Zapp anda di Perkhidmatan kami, atau jika anda memilih untuk mengakses Perkhidmatan kami melalui promosi pembawa mudah alih atau pembekal peranti bagi Perkhidmatan kami. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, terma dan dasar privasi mereka sendiri akan mengawal penggunaan perkhidmatan anda tersebut.

  • 3.1
  • Data Peribadi dikumpulkan dan diproses untuk tujuan yang mungkin termasuk yang berikut ("Tujuan"):

  • 3.1.1
  • Untuk tujuan pentadbiran yang penting dalam penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda termasuklah memproses permohonan, permintaan, pendaftaran atau langganan aplikasi yang dicipta oleh kami atau sekutu, perkhidmatan dan/atau penggunaan laman web/aplikasi mudah alih kami;

  • 3.1.2
  • Untuk tujuan komunikasi termasuk menghantar pemberitahuan kepada anda melalui e-mel mengenai perubahan terma dan syarat produk dan/atau perkhidmatan kami, menjawab pertanyaan atau aduan anda;

  • 3.1.3
  • Untuk menjalankan kewajipan kami dan menguatkuasakan hak kami yang timbul daripada sebarang kontrak yang dimeterai di antara anda dan kami, termasuk untuk tujuan pengebilan dan pemprosesan transaksi pembayaran;

  • 3.1.4
  • Untuk analisis statistik dan pemasaran. Pengurusan sistem maklumat, pengujian sistem, penyelenggaraan dan pembangunan produk dan / atau perkhidmatan kami;

  • 3.1.5
  • Untuk tujuan pemasaran termasuk pengedaran naskhah berita kami atau bahan promosi lain berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;

  • 3.1.6
  • Tujuan lain yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

  • 3.2
  • Di mana anda telah menyatakan persetujuan anda untuk menerima kemas kini pemasaran atau promosi daripada kami, anda boleh menarik diri daripada menerima bahan pemasaran atau promosi tersebut pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan "berhenti melanggan" atau yang seumpamanya sepertimana yang disediakan di dalam bahan pemasaran atau promosi kami atau anda boleh menghubungi kami di saluran yang disediakan di dalam Klausa 10.1 di bawah.

  • 4.1
  • Kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada anda dengan cara berikut:

  • 4.1.1
  • Mendaftarkan nombor telefon bimbit dan alamate-melanda untuk membuka AkaunZapp di laman web kami atau aplikasi mudah alih kami;

  • 4.1.2
  • Apabila anda memberikan nombor telefon di dalam senarai kenalan anda, termasuklah kedua-dua pengguna Perkhidmatan kami dan kenalan anda yang lain;

  • 4.1.3
  • Ketika berkomunikasi dengan kami (contohnya, apabila anda menghantar e-mel kepada kami untuk pertanyaan atau mengemukakan permohonan atau penyertaan anda ke dalam peraduan atau promosi yang kami taja);

  • 4.1.4
  • Mendaftarkan minat anda atau apabila anda meminta maklumat (termasuk melalui portal dalam talian kami dan saluran lain yang tersedia) atau apabila anda menjawab mana-mana bahan pemasaran kami;

  • 4.1.5
  • Memulakan hubungan perniagaan dengan kami; Dan

  • 4.1.6
  • Melawat atau melayari laman web/aplikasi kami.

  • 4.2
  • Selain daripada yang di atas, kami juga mungkin mendapatkan data peribadi anda daripada pihak ketiga dan sumber lain yang mana anda telah memberikan persetujuan anda kepada pendedahan maklumat yang berkaitan dengan anda (contohnya, daripada syarikat anda) dan di mana ia dibenarkan secara sah.

  • 5.1
  • Kami menggunakan maklumat/Data Peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda atau yang anda berikan kepada kami, termasuk, apa-apa maklumat peribadi:-

  • 5.1.1
  • untuk menyediakan anda dengan Aplikasi ini dan kandungannya, dan apa-apa maklumat, produk atau perkhidmatan lain yang anda minta daripada kami;

  • 5.1.2
  • untuk memenuhi sebarang tujuan lain yang anda berikan;

  • 5.1.3
  • untuk melaksanakan kewajipan kami dan menguatkuasakan hak kami yang timbul daripada mana-mana kontrak yang dimeterai di antara anda dan kami, termasuk, untuk tujuan pengebilan dan kutipan;

  • 5.1.4
  • untuk mengendalikan dan mentadbir akaun e-dompet anda dengan kami dan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta;

  • 5.1.5
  • untuk melaksanakan arahan anda untuk membuat dan menerima pembayaran dan menjalankantransaksimenggunakanAplikasiini,termasuk,mengesahkanbahawa anda mempunyai dana yang mencukupi di dalam akaun e-dompet anda untuk membuat pembayaran sedemikian;

  • 5.1.6
  • untuk membolehkan anda mengambil bahagian di dalam ciri interaktif Aplikasi ini;

  • 5.1.7
  • untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan terhadap perkhidmatan kami atau Aplikasi ini;

  • 5.1.8
  • untuk menambah baik latihan khidmat pelanggan dalaman kami;

  • 5.1.9
  • untuk mematuhi peraturan perkhidmatan kewangan, termasuk, pengekalan maklumat dan Transaksi kewangan;

  • 5.1.10
  • untuk semakan kewangan dan identiti, semakan pencegahan dan pengesanan penipuan, pencegahan pengubahan wang haram dan semakan kredit;

  • 5.1.11
  • untuk meningkatkan keselamatan perkhidmatan kami;

  • 5.1.12
  • untuk memastikan bahawa kandungan di dalam Aplikasi ini dipersembahkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan juga telefon bimbit anda;

  • 5.1.13
  • untuk tujuan penyelidikan, statistik, analisis dan analisis tingkah laku;

  • 5.1.14
  • untuk memberitahu anda apabila kemas kini Aplikasi ini tersedia dan perubahan terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan atau sediakan melaluinya; dan

  • 5.1.15
  • untuk menghubungi anda melalui e-mel sebagai surat berita atau bahan pemasaran / promosi lain.

  • 6.1
  • Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan cara yang berikut:

  • 6.1.1
  • Apabila anda menghantar maklumat anda kepada Pengguna Zapp lain seperti berkongsi maklumat anda (termasuk mesej) ketika anda menggunakan dan berkomunikasi melalui Perkhidmatan kami.

  • 6.1.2
  • Maklumat akaun anda seperti nombor telefon anda, maklumat profil dan maklumat terakhir dilihat mungkin tersedia kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Perkhidmatan kami, walaupun anda boleh mengkonfigurasi tetapan Perkhidmatan anda untuk menguruskan maklumat tertentu yang tersedia kepada pengguna lain yang berkomunikasi dengan anda.

  • 6.1.3
  • Pengguna yang berkomunikasi dengan anda boleh menyimpan atau berkongsi semula maklumat anda (termasuk nombor telefon ataumesej anda) denganorang lain sama ada di dalam dan di luar Perkhidmatan kami. Anda boleh menggunakan tetapan Perkhidmatan anda dan ciri sekatan yang terdapat di dalam Perkhidmatan kami untuk menguruskan pengguna Perkhidmatan kami yang berkomunikasi dengan anda dan maklumat tertentu yang anda ingin kongsi.

  • 6.1.4
  • Apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga atau Produk Syarikat Facebook yang disepadukan dengan Perkhidmatan kami, mereka mungkin menerima maklumat tentang perkara yang anda kongsikan dengan mereka. Sebagai contoh, jika anda menggunakan perkhidmatan sandaran data yang disepadukan dengan Perkhidmatan kami (seperti iCloud atau Google Drive), mereka akan menerima maklumat yang anda kongsikan dengan mereka. Jika anda berinteraksi dengan perkhidmatan pihak ketiga yang dipautkan melalui Perkhidmatan kami, anda mungkin memberikan maklumat secara langsungkepada pihak ketiga tersebut.Sila ambilperhatianbahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga atau Produk Syarikat Facebook, terma dan dasar privasi mereka sendiri akan mengawal penggunaan perkhidmatan anda tersebut.

  • 7.1
  • Jika anda ingin mengurus, mengubah, mengehad atau memadam maklumat anda, kami membenarkan anda melakukannya melalui cara berikut:

  • 7.1.1
  • Tetapan Perkhidmatan. Anda boleh menukar tetapan Perkhidmatan anda bagi menguruskan maklumat tertentu yang tersedia kepada pengguna lain. Anda boleh menguruskan kenalan, kumpulan dan senarai siaran anda, atau menggunakan ciri sekatan kami untuk menguruskan pengguna yang berkomunikasi dengan anda.

  • 7.1.2
  • MenukarNombor TelefonBimbit Anda, Nama Profildan Gambar, dan MesejStatus. Anda mesti menukar nombor telefon bimbit anda menggunakan ciri “tukar nombor” yang terdapat di dalam aplikasi kami dan memindahkan akaun anda ke nombor telefon bimbit baharu anda. Anda juga boleh mengubah nama profil, gambar profil dan mesej status anda pada bila-bila masa.

  • 8.1
  • Semasa menyediakan anda dengan perkhidmatan dan / atau produk kami, pihak pengurusan, pentadbiran dan operasi yang sama mungkin memerlukan kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang berikut: -

  • 8.1.1
  • anak syarikat dan sekutu kami

  • 8.1.2
  • individu, syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai vendor, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami;

  • 8.1.3
  • pihak ketiga lain yang dapat menunjukkan bahawa anda telah secara jelas bersetuju dengan pendedahan Data Peribadi anda oleh kami kepada pihak ketiga tersebut;

  • 8.1.4
  • agensi penguatkuasaan, kawal selia dan agensi kerajaan apabila dikehendaki oleh undang-undang

  • 8.2
  • Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada rakan kongsi perniagaan, pihak ketiga yang diberi kuasa atau dikontrak, pembekal perkhidmatan atau pengiklan untuk menyediakan promosi, tawaran, produk atau perkhidmatan, yang mungkin atau mungkin bukan milik kami tetapi berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang telah anda pilih untuk mendapatkan daripada kami.

  • 8.3
  • Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa anda tidak akan menerima komunikasi yang tidak diingini, hanya maklumat yang berkaitan dengan promosi, tawaran, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan transaksi anda dengan kami, atau yang telah anda pilih atau ditandakan sebagai berminat dengan profil ahli anda, akan dikongsi dengan rakan kongsi perniagaan, penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga masing-masing.

  • 8.4
  • Dalam keadaan yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini di mana kami berkongsi Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak tersebut berhubung dengan pemprosesan dataanda sekiranya tidak lebih baik, ia hendaklah sekurang-kurangnya seketat langkah yang kami gunakan. Walau bagaimanapun, ini tidak terpakai apabila kami dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga.

  • 8.5
  • Data Peribadi anda juga boleh didedahkan atau dipindahkan kepada mana-mana penerima serah hak, penerima pindahan atau pemeroleh (di dalam atau di luar Malaysia) (termasuk sekutu dan anak syarikat kami) atau syarikat, aset atau syarikatkumpulankami, atau yang berkaitan dengan sebarang penstrukturan semula korporat atau pelaksanaan yang termasuk penstrukturan semula untuk memindahkan perniagaan, aset dan/atau liabiliti kami.

  • 9.1
  • Anda boleh mengakses Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis atau melalui e-mel kepada saluran komunikasi yang dinyatakan di bawah.

  • 9.2
  • Data Peribadi anda atau jika anda ingin memohon untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda bagi memastikan bahawa ia adalah tepat, lengkap dan terkini, sila hubungi kami di saluran komunikasi yang dinyatakan di bawah supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini Data Peribadi anda.

  • 10.1
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat):-

    Hubungi : Sokongan Khidmat Pelanggan
    Tel : 03-7661 6211
    Emel : hellocs@i-serve.com.my

  • 11.1
  • Kami boleh meminda Notis ini dari semasa ke semasa dan versi yang dikemas kini akan terpakai dan menggantikan mana-mana dan semua versi terdahulu. Sila semak laman web atau aplikasi mudah alih kami untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

  • 12.1
  • Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko yang serupa tanpa kebenaran, kami telah memperkenalkan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti perlindungan antivirus terkini, enkripsi dan penggunaan penapis privasi untuk menjamin semua simpanan dan penghantaran data peribadi oleh kami, dan mendedahkan data peribadi secara dalaman dan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang diberi kuasa dan wakil kami hanya atas dasar perlu tahu..

  • 12.2
  • Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah storan elektronik adalah benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha untuk melindungi keselamatan maklumat andadan sentiasamenyemak dan meningkatkanlangkah-langkahkeselamatanmaklumat kami.

  • 13.1
  • Kami mungkin menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

  • 13.2
  • Kami akanberhenti menyimpan data peribadi anda, ataumengeluarkancara-cara dimana data tersebut boleh dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja ia dianggap munasabah bahawa pengekalan tersebut tidak lagi memenuhi tujuan pengumpulan data peribadi, dan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan

  • 14.1
  • Anda boleh mengemukakan permohonan untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui saluran yang dinyatakan di bawah Klausa 10.1.

  • 14.2
  • Jika anda telah memberikan kami Data Peribadi individu pihak ketiga, anda dikehendaki mendapatkan persetujuan individu tersebut terlebih dahulu dan anda mewakili dan memberi jaminan bahawa anda telah atau mempunyai persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami. Dengan memberikankami DataPeribadiindividupihak ketiga, andajugamemberijaminan bahawa individu tersebut telah dimaklumkan dan bersetuju dengan terma Notis Privasi ini.

  • 14.3
  • Dalam kebanyakan keadaan, adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami Data Peribadi anda bagi membolehkan kami memenuhi permintaan anda atau memberikan anda perkhidmatan yang anda minta.

  • 14.4
  • Walau bagaimanapun, kami akan memberikan anda peluang untuk memilih keluar atau berhenti melanggan daripada menerima sebarang pemasaran, komunikasi, tawaran promosi, naskhah berita ataupun bentuk komunikasi lain daripada I-Serve.